Thursday 16 February 2012


JOM BERKONGSI ILMU


                            BMM 3105


 PENGAJARAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 Definisi
            Pengajaran dan pembelajaran Bernatukan Komputer ialah pengajaran atau pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus yang dihasilkan untuk disampaiakn melalui computer.
Perisian kursus melibatkan perisian yang menggabungkan elemen-elemen seperti video, audio, teks, grafik dan animasi untuk menyampaikan pengetahuan serta mewujudkan aktiviti pembelajaran yang sesuai dan berkesan.

Kebaikan Pembelajaran berpandukan komputer
 1  Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran. 2    Meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran.
3.  Melaksanakan eksperimen yang sukar, mahal, mustahil dan bahaya 
     untuk dibuat.
4.  Membentuk pembelajaran koperatif serta memberi peluang kepada  
     pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum  
     serta masa interaksi dapat dijimatkan.
5.  Menggunakan pelbagai media yang dapat merangsang deria-deria 
     mereka.
6. Mengulangi pembelajaran sekerap yang diperlukan.
7. Mengawal perjalanan perisisan kursus dan memilih bahagian-
    bahagian yang difikirkan perlu.
8.  Member maklum balas serta merta terutama dalam PPBK layih tubi  
     atau penilaian.

Sinopsis:

        Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan Tapak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara dalam talian; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran danpembelajaran bahasa Melayu.