minggu 11-Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
Pengenalan :Telesidang Video
Telesidang adalah sistem penyampaian elektronik yang melibatkan komunikasi dua hala antara dua atau lebih pusat telesidang secara langsung. Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling. Menurut J.Maki (2001) penggunaan telesidang video ini menyelesaikan banyak masalah pembelajaran di kalangan pelajar menerusi guru-guru ICT. Walau bagaimanapun, pelaksanaan telesidang ini memerlukan perancangan dan latihan yang rapi malah latihan dan percubaan perlu dijalankan sebelum menggunakan bahan sokongan media ini. Berdasarkan kajian, di dapati telesidang ini adalah di antara jenis yang sesuai diaplikasi dalam sistem Pendidikan sesebuah negara yang membangun yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi seperti yang berlaku di Findland(J.Maki, 2001) dan Singapura (Hu. Chun, 2001).
Jenis persidangan
Kegunaan Sidang Video:
Kebaikan Menggunakan Telesidang
- Mengurangkan kos perjalanan dan menjimatkan masa.
- Membuka peluang luas dalam penglibatan bahagan hieraki sektor korporat dan lain-lain sektor.
- Menambahkan produktiviti dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
- Membuat keputusan dengan cepat dan spontan.
- Mempertingkatkan komunikasi.
- Perhubungan pensyarah dan pelajar lebih akrab.
- Penambahbaikan kepuasan dalam pengajaran atau di tempat kerja.
Kelemahan Penggunaan Telesidang