Minggu 12

MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 
1. Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
2. Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan

  • Pengenalan
Alat pengarangan adalah satu perisian yang khusus untuk menghasilkan perisian kursus dengan cara mudah. Sistem pengarangan merupakan sebuah aturcara yang membenarkan seseorang menghasilkan bahan kurus PPBK secara langkah demi langkah. Alat pengarangan lebih mudah dipelajari berbanding dengan bahasa pengaturcaraan. Proses menukarkan sesuatu bahan pengajaran dari bentuk bertulis kepada bentuk komputer dengan menggunakan sistem pengarangan biasanya tidak memerlukan seorang yang mahir bahasa pengaturcaraan. Pembangunan perisian kursus dengan alat pengarangan lebih menjimatkan masa kerana mempunyai ciri-ciri mesra pengguna.
Mengarang juga boleh di istilahkan sebagai  membuka dan menyelaraskan semua komponen media yang telah disediakan bagi aplikasi muktamad multimedia. Ini hanya dilakukan dengan menggunakan perisian yang digelar sebagai alat pengarangan.



1. Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah

Alat pengarangan merupakan alat yang bertanggungjawap untuk menggabungkan data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan digunakan.Selain itu juga alat pengarang ini merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu karangan.

Menghantar Emel

1) Buka akaun emel anda seperti yahoo atau gmail
2) Isikan ‘nama pengguna’ dan ‘kata laluan’
3) Kemudian tekan ‘daftar masuk’
4) Kemudian daftar masuk dan pilih pautan yang dikehendaki
5) Untuk menghantar emel, klik pada karang mel.
6) Kemudian isikan “penerima’, ‘subjek’, ‘teks’ dan lampirkan gambar jika perlu di ruang ‘lampirkan fail’.
7) Langkah terakhir ialah klik pada butang “Hantar”
8) Emel sudah siap dihantar.

Blog

Blog merupakan singkatan dari "web log" adalah bentuk aplikasi web yang menyerupai tulisan-tulisan (yang dimuat sebagai posting) pada sebuah halaman web umum. Tulisan-tulisan ini seringkali dimuat dalam urut terbalik (isi terbaru dahulu baru kemudian diikuti isi yang lebih lama), meskipun tidak selamanya demikian. Laman web seperti ini biasanya dapat dilayari oleh semua pengguna internet sesuai dengan topik dan tujuan dari si pengguna blog tersebut.


Sejarah Blog

Media blog pertama kali dipopularkan oleh ‘Blogger.com,’ yang dimiliki oleh PyraLab sebelum akhirnya PyraLab diambil oleh Google.Com pada akhir tahun 2002 yang lalu. Semenjak itu, banyak terdapat aplikasi-aplikasi yang bersifat sumber terbuka yang dikhususkan kepada perkembangan para penulis blog tersebut.

Blog mempunyai fungsi yang sangat fleksibal seperti catatan harian, media politik, berita semasa sehinggalah program-program media, syarikat-srarikat dan sebagainya. Sebahagian blog ditulis oleh seorang penulis tunggal, sementara sebahagian lainnya oleh beberapa penulis. Banyak juga blog yang memiliki kemudahan interaksi dengan para pengunjungnya, seperti menggunakan buku tamu dan kotak komentar yang dapat membenarkan para pengunjungnya meninggalkan komen atau isi dari tulisan yang ditulis, namun demikian ada juga yang yang sebaliknya atau yang bersifat tidak beleh berinteraksi (non-interaktif)

Jenis-jenis alat pengarangan:

Perisian Alat pengarangan
Linkway
Language Plus
Scala
Toolbook
Authorware
ComIL


2. Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan


Prosedur penyuntingan bahan Bahasa melayu
i. Mengumpul maklumat atau bahan dari internet
ii. Masukkan maklumat dalam alat pengarangan
iii. Memulakan semakan maklumat dan bahan dari internet
iv. Memadam maklumat yang tidak berkaitan.
v. Simpan data

Contoh karangan dipilih dan disunting ke dalam bentuk nota isi-isi penting menggunakan Power Point.