Minggu 15

SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG
1. Mengadakan seminar
2. Mengadakan pameran


1. Mengadakan seminar

Seminar :
Seminar menurut kamus pelajar mengatakan suatu perjumpaan untuk menyelidik dan membahaskan sesuatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yang ahli dalam hal itu. Terdapat pelbagai isu yang boleh diseminarkan iaitu : 

· Pengaplikasian teknologi maklumat dalam P&P bahasa Melayu 

· Penggunaan komputer di sekolah 

· Pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu 



Ciri-ciri seminar bahasa Melayu berbantukan komputer 

i. Memberi kesempatan diskusi berkaitan Bahasa Melayu berbantukan komputer antara peserta dan panel

ii. Menggalakkan peserta mengambil bahagaian secara aktif dalam seminar 



Kelebihan seminar:

i. Berguna kepada peserta yang terlibat
ii. Peserta dapat mempelajari topik secara mendalam
iii. Menyediakan bahan dan keteranagan yang baru 

Kekurangan seminar :

i. Sukar untuk mendapatkan panel seminar yang berkualiti
ii. Memerlukan jawatankuasa yang besar dalam melaksanakannya
iii. Sering dijalankan untuk seminar pendidikan 


2. Mengadakan pameran

Pameran :
Menurut Muhd Abi Sofian dalam bukunya Mengurus Gerai Pameran (2005), pameran boleh didefinasikan sebagai salah satu saluran komunikasi sosial yang menghubungkan antara penyampai dalam pameran dengan masyarakat yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu. 


Ciri-ciri pameran Bahasa melayu berbantukan komputer :

i. Mempamerkan bahan bahasa Melayu berbantukan komputer
ii. Terdapat kiosk setiap tajuk dalam proforma iii. Penerangan yang lengkap untuk setiap bidang