Minggu 5




Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, anda mestilah mempunyai akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh, tetapi untuk jangka masa panjang, ada akaun google akan lebih memudahkan memandangkan blogger.com adalah produk dari google.

Jika anda sudah mempunyai akaun google, boleh sign dahulu atau klik disini.
http://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=im.

Jika anda masih belum mempunyai akaun google, 
sila daftarkan dahulu disini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.

Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot.

1. Buka link 
www.blogger.com

2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'create a blog'


3. Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'.


4. Kemudian masukkan blogname dan juga blog address
  • Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog
  • Blog address adalah digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Blog address antara perkara paling penting bagi sesebuah blog. Untuk memudahkan pemahaman, sila rujuk Tips Pemilihan URL Untuk Blog.



5. Pilih template yang anda rasa sesuai, kemudian klik 'continue'


6. Siap. Anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda.:)




Berikut adalah cara bagaimana anda hendak memulakan langkah untuk menaip dalam blog anda.

1. Buka link 
www.blogger.com (link ini diperlukan setiap kali anda hendak login kepada akaun blogger). Masukkan email dan password anda.

2. Pada paparan muka depan, klik pada 'new post'


3. Masukkan tajuk untuk entri anda dan juga isi kandungan entri anda.(biasa bab ini mengambil masa untuk menaip entri).

Kemudian apabila sudah siap, klik pada button 'publish'


4. Apabila sudah tekan button publish, siap untuk sebuah entri dalam blog anda.:)

  • jika anda hendak tengok 'rupa' entri anda itu, klik pada 'view post'
  • jika anda rasa masih ada kekurangan dan hendak edit, klik pada 'edit post'
  • jika anda hendak menaip entri baru, klik pada 'create a new post' (anda juga boleh mulakan dari awal dengan klik pada 'dashboard' pada bahagian atas-kanan)
·         Upload Gambar Dalam Blog

Tutorial untuk upload gambar dalam blog adalah seperti berikut.


1.Login seperti biasa, klik pada 'new post'


2.Pada paparan, klik pada icon upload picture seperti yang ditunjukkan dibawah.
-Kedudukan berbeza bagi keadaan 'html' dan juga 'compose' tetapi simbolnya tetap sama.

ATAU


3.Klik 'browse'.


4.Pilih gambar yang anda hendak letakkan dari komputer anda.


4.1. Jika hendak letak lebih daripada satu gambar pada satu masa(maksimum 5), klik pada 'add more image'.


5.Pilih kedudukan dan size yang anda mahu untuk gambar tersebut, kemudian klik 'upload'.


6. Tunggu sehingga gambar siap diupload kemudian klik 'done'



Nota: Jika anda hendak upload lebih daripada 5 gambar, cuma ulang semula langkah 1 hingga 5.



Untuk mengupload video menggunakan kaedah yang tersedia untuk blogger adalah seperti berikut.

1. Login ke dalam akaun blogger anda, kemudian klik pada new post.

2. Pada paparan yang muncul, klik pada icon video seperti yang ditunjukkan.


3. Langkah seterusnya, browse video yang hendak diupload, masukkan title dan juga tick pada ruangan seperti yang ditunjukkan. Kemudian klik pada upload video


4. Untuk sesebuah video, masa diperlukan untuk memproses video tersebut sehingga dapat dipublishkan. Bergantung kepada saiz video.


Anda boleh save dahulu hasil kerja anda dan kembali selepas beberapa ketika untuk pastikan samada video tersebut sudah boleh dimainkan atau tidak