Minggu 6

MEMBINA DAN MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR PERPAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

  • Struktur Hieraki dan struktur komposit
  • Struktur Linear
  • Struktur Rangkaian 

Pengenalan
Sistem perpautan ini lebih dikenali sebagai hyperlink. Sistem ini lebih sistematik dan mudah digunakan kerana sistem ini membenarkan pengguna mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bahan dengan hanya menekan satu klik sahaja.
Sistem perpautan ini terbahagi kepada beberapa jenis.


  • Sistem Perpautan 
  • Struktur Hierarki 
  • Struktur Komposit 
  • Struktur Linear 
  • Struktur Lingkaran

Struktur Hierarki
Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama. Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik. 


Struktur Komposit
Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain. Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.


Struktur Linear
Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja. 


Struktur Rangkaian
Menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama. Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel


Terdapat empat jenis struktur perpautan iaitu:



(i) Struktur hierarki



Contoh urutan perpautan bagi struktur hierarki:



struktur hierarki

(ii) Struktur komposit
·   Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain.
· Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.

Kesan kepada murid
·   Murid-murid boleh memulakan kerja mereka dengan salah satu pautan yang diberikan.

Kepentingan akses struktur perpautan
· Setiap laman yang diakses, akan membawa kepada beberapa subpautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan

(iii) Struktur linear
    · Bahan 1, bahan 2 dan bahan 3 diakses secara berasingan dan tidak mempunyai sebarang   
       pautan.
    · Murid memulakan pencarian di laman 1, kemudian mencari maklumat di laman 2 dan akhirnya di laman 3. Murid mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan.


struktur linear


(iv) Struktur Rangkaian

Contoh urutan perpautan bagi struktur hierarki: